Tuesday 8 November 2011

Tihany...

   
   First, aku suka tengok cerita nie sebab aku suka cerita dari Radius One, bagi aku 'The Best' la, tapi selalu pulak aku terlepas tengok cerita dari Radius One ni, sebabnya aku tak tau bila kuar? kat tv mane? kalau kuar kat Astro memang tak dapat la aku nak tengok, tengok online je ler gamaknye.. 
   Yang cerita Tihany ni pun aku tengok dah episod ke berapa ntah sebab asik lupa je! Nasib ada online, bolehla tengok kat www.tonton.com.my.. Pelakonnya Nabila Huda, Ungku Ismail, Rizz Amin, Emelda Rosmila, Mustapha Kamal, Ieda Moin & ramai lagi lah....

Dari kiri : Ungku Ismail Aziz, Nabila Huda, Rizz Amin

 Salah satu sebab lagi aku suka tgk cerita nie sebab ada Ungku Ismail yang tinggi lampai & mempunyai senyuman yang manis ni.. Belakon pon boleh tahan best! ^_^.

   Oklah tak nak merepek panjang, kat bawah ni sikit sinopsis cerita Tihany....
Sinopsis - Tihany tinggal bersama ayah dan ibu tirinya Soraya. Walaupun Soraya adalah ibu tirinya, Tihany dan Soraya amat rapat dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Walaupun dari keluarga yang kaya dia tidak megah. Tihany seorang yang lembut dan sopan disebabkan itu, Azman terpikat dengannya dan akhirnya mereka bertunang. Azman merupakan setiausaha syarikat di pejabat Tan Sri Abu Bakar kepunyaan bapa Tihany.
   Namun, kebahagiaan Tihany dan keluarga diragut apabila ayah Tihany diserang sakit jantung di hari pernikahan Tihany dan Azman kerana Azman tidak muncul tiba-tiba.Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya, dia perlu juga berkahwin. Tetapi dengan siapa? Dalam keadaan cemas itu, Soraya mencadangkan Tihany berkahwin dengan Imran, kenalan Soraya, demi menutup malu dan meneruskan majlis pernikahan tersebut.
   Keputusan Soraya itu menimbulkan tanda-tanya di kalangan tetamu terutamanya Tihany. Namun demi menyelamatkan nyawa ayahnya yang diserang sakit jantung, Tihany mengikut sahaja kehendak ibu tirnya itu. Untuk tahu lebih lanjut, tengok lah ye cerita ni.. Tihany setiap Isnin dan Selasa, 8.30 malam di TV9.. Jangan lupa, tengok tau!! Tolong promote, hehe..

Saturday 5 March 2011

Berjinak2 dengan blOg..hee ♥

Assalamualaikum....

     Hemm, sbnrnye aku xtau nak merepek ape kt sini, ni pun baru blaja wat blog, pening gak la nak wat, nk edit sume.. tp disebabkan member aku kate best layan blog ni, aku try la wat gak.. wat mse ni ok la jugak, cOz dah xtau nk wat ape dh.. dr pagi dpan laptop nih, start tghari bru wat blOg ni, inilah hasilnye.. jadi gak blOg aku ♥.. tp xtau la cantek ke x? simple2 je, ok la 2 kan? janji ade... Apela yg aku nak wat dgn blOg aku ni? emmmm... no idea 4 diz time.. sampai sni je la dlu yek aku merepek, xpanjang mane pn, sape yg nk bace pn xpenat.. aku nk mikior kan pasai ape plak aku nak tulis pasni.. tata ♥..


apela bende yg aku nk tulis kat blog pasni? emmm